notice board


**********************************************************************

30 julai 2011


~ pre-order inner custom made dibuka mulai 1 ogos hingga 14 ogos. buat tempahan anda sekarang. deposit 50% sahaja.

**********************************************************************

order form

Name:
Email Address:
Address:
Phone No:
Code & Quantity:
Payment Method: Maybank
CIMB
Comment/Enquiry:

This contact form was created by Freedback.

tutorial


******************************************************
~ penggayaan shawl sifon/jojet/polyester/cotton ii

tutorial terakhir yang sempat saya fikirkan sebelum kita beraya..hee..gambar 1-5 sy gunakan gambar daripada tutorial sebelum ni sebab step yang sama..gaya ni sesuai menggunakan selendang panjang kira-kira 180cm-200cm..selendang custom made pendek sikit dari ukuran ni so susah nak buat gaya ni..
-
-

1. pinkan selendang seperti dalam gambar
-
-

2. ambil bahagian kiri selendang dan pegang dalam keadaan berbucu
-
-

3. pinkan dibelakang leher..pastikan selendang dipinkan dengan leher baju untuk lebih kemas
-
-

4. setelah dipin
-
-

5. ambil bahagian kiri dan lilitkan ke kepala
-
-

6. gunakan jarum peniti
-
-

7. angkat hujung selendang yang panjang di belakang seperti dalam gambar dan letakkan di atas kepala betul-betul di atas garisan selendang yang paling hadapan
-
-

8. letakkan jarum peniti di kiri dan kanan
-
-

9. siap!!
-
-

10. pandangan belakang..jangan risau sebelah kanan singkat sebab kita da cover leher dengan hujung selendang tadi kan..so tak nampak leher pun..
-
-
selamat mencuba!!!
-
-
-

******************************************************
~ penggayaan shawl sifon/jojet/polyester/cotton

tutorial bonus kedua daripada zhaneezstyle..kali ni ita gunakan selendang sifon pula ye..kalau guna selendang jojet atau polyester pun boleh.. =)
-
-
-
-
1. pakai selendang seperti dalam gambar
-
-

2. bahagian kiri di pegang dalam keadaan berbucu
-
-

3. pinkan di belakang leher..pastikan selendang dipinkan terus dengan leher baju supaya lebih kemas
-
-

4. setelah di pin
-
-

5. ambil bahagian kanan pula lalu pusing/lilit kan ke sebelah kiri muka dan naik ke kepala
-
-

6. gunakan dangling brooch di sisi kanan
-
-

7. pandangan belakang..
-
-
-
bila menggunakan gaya ni jangan risau tentang selendang jarang..sebab tadi kita da lilit bahagian selendang yg pendek dekat leher kn..so takkan nampak leher..selamat mencuba!
-
-
-
-

******************************************************
~ penggayaan pashmina

bonus tutorial untuk semua customer zhaneezstyle..yang bukan customer pun boleh cuba jugak.. =)
-
-
-
tutorial ini menggunakan pashmina tau..walaupun zhaneezstyle takde jual pashmina..*entah bila la nk cuba buat custom made pashmina kan..hik* tp saya tahu dekat luar sana ramai yg ada pashmina kan..so jom try fresh style ni..senang je..
-
-
-

1. pin kan pashmina dengan kedudukan sama panjang kiri dan kanan
-
-

2. ambil bahagian kiri pashmina dan pegang seperti dalam gambar..bahagian kanan letak ke belakang bahu dulu ok..
-
-

3. bahagian kiri yg dipegang td di silangkan di belakang leher dan pinkan dibelakang
-
-

4. pandangan belakang..untuk lebih kemas, pinkan terus pashmina tersebut bersama dgn leher baju kita..so bila tunduk ke takkan terangkat bahagian blkg ni..
-
-

5. bahagian kanan yg ditolak ke belakang tadi di ambil dan di gulungkan..sekali atau dua kali gulung sudah memadai..gulung longgar-longgar je tau..sekadar nk bagi efek beralun je
-
-

6. lilit gulungan tadi ke sebelah kiri kepala dan bawa ke bahagian atas kepala
-
-

7. akhir sekali pinkan juraian di sebelah kanan kepala..untuk lebih menarik gunakan dangling brooch..
-
-

8. da siap untuk beraya.. ;p
-
-

9. pandangan sisi
-
-

10. pandangan belakang
-
-

******************************************************

~ penggayaan shawl pendek zhaneez ii

tutorial kedua bagaimana menggayakan shawl pendek zhaneez..
-
-
bahan-bahan:
1. anak tudung zhaneez
2. shawl pendek
-
-
-

1. gunakan jarum peniti, pinkan hujung shawl pendek pada bahagian tengah anak tudung
-
-

2. kemudian lilitkan bahagian yang panjang..pastikan jarum peniti terlindung ok
-
-
3. ambil satu jarum peniti lagi atau pun brooch pun boleh dan pinkan pada hujung selendang
-
-


4. siap!!!
-
-

5. bahagian belakang
-
-
-

senang kan? selamat mencuba..
-
-



************************************************************************
~ penggayaan shawl pendek zhaneez dengan anak tudung
-
bahan-bahan:
1. anak tudung zhaneez
2. shawl pendek
-
-
-

1. pakai anak tudung zhaneez, kemudian pinkan shawl pendek tadi betul-betul pada hujungnya
-
2. kemudian bahagian yang panjang tu dililitkan ke belakang dan gunakan jarum peniti atau brooch
--
3. siap!!!
-
4. pandangan belakang
-
mudah je kan? selamat mencuba..
-
-

******************************************************

~ penggayaan anak tudung zhaneez triple layer

-
bahan-bahan:
1 anak tudung zhaneez jenis sarung - hitam
1 anak tudung zhaneez jenis velcro - merah
1 anak tudung zhaneez jenis ikat - soft pink
tudung syria @ selendang
-
-

1. mula-mula pakai anak tudung zhaneez jenis sarung dan ikat bahagian belakangnya

2. kemudian ambil anak tudung zhaneez jenis velcro..sy pilih merah..


3. selaraskan kedudukan anak tudung velcro ni dan lekatkan pelekat velcro tersebut..kemudian ikat bahagian belakang anak tudung

4. seterusnya, ambil anak tudung zhaneez jenis ikat pula..selaraskan kedudukan pada kepala dan ikat di bawah dagu dan belakang

5. sarungkan tudung syria atau selendang

6. siap!!!

7. pandangan sisi



pemilihan anak tudung
sy pilih 3 jenis anak tudung yang berbeza untuk gaya 3 layer ni sebab nak memberi keselesaan pada bawah dagu..anak tudung velcro boleh jugak digayakan sebagai anak tudung lapisan pertama tapi nanti x selesa pula nak ditindan dengan anak tudung velcro pada lapisan kedua sebab sisi yg berpelekat velcro tu akan nampak tebal dan berbonjol..
-
lapisan kedua sesuai dengan anak tudung velcro sebab dia takkan mengganggu kedudukan anak tudung lapisan pertama..kalau dua-dua jenis sarung mungkin semasa nak sarungkan lapisan kedua nanti anak tudung lapisan pertama akan bergerak dari kedudukan asal..tak pun akan menyebabkan rasa ketat pada muka..
-
lapisan ketiga sesuai dengan menggunakan anak tudung jenis ikat sebab semakin kita ke belakangkan anak tudung ni semakin besar ukur lilit kepala kita kan..dengan anak tudung ikat ni senang la nak laraskan saiz nya mengikut keselesaan kita..
-
selamat mencuba~



******************************************************

- penggayaan anak tudung zhaneez double layer


bahan-bahan (macam nak masak pulak):
1 helai anak tudung zhaneez jenis sarung - hitam
1 helai anak tudung zhaneez jenis ikat - merah
1 helai tudung syria @
1 helai selendang
-

1. mula-mula pakai anak tudung zhaneez jenis sarung..sy pilih warna hitam..selepas sarung dari depan pastikan ikat pula hujung bahagian belakang tau..biar anak tudung ni kekal melekat atas kepala
-
-
2. kemudian ambil anak tudung zhaneez jenis ikat warna merah
-
-
3. adjust kedudukan anak tudung ni..ketebalan nak nampak kan anak tudung hitam tu bergantung kepada keselesaan anda..kemudian ikat tali di bawah dagu..mengikut keselesaan..sy buat reben satu bunga je..
-


4. sarungkan tudung syria..selaraskan kedudukan tudung syria supaya ketebalan anak tudung hitam dan merah sama tebal
-
5. siap!!!
-

6. pandangan sisi
-
-
kenapa sy pilih satu jenis sarung dan satu jenis ikat?
ini adalah untuk memberi keselesaan pada bahagian bawah dagu..kalau dua-dua anak tudung jenis sarung, ini memungkinkan kepala rasa tak selesa kerana anak tudung jenis sarung akan menjadi ketat kalau ditindan. kalau dua-dua anak tudung jenis ikat pulak, nanti nampak dagu kita lebih tebal daripada biasa..so gabungan jenis sarung dan ikat adalah sangat sesuai.
-
-
selamat mencuba!!!